Tuesday 24 January 2012

URL PENDEK - KELEBIHAN & KEBURUKKANNYA-

      Dah lama aku tak update blog ni. Aku tidaklah terlampau sibuk atau ada banyak masa..Tapi tak tahu lerw..
Ok,hari ini aku nak berkongsi sesuatu. Hampir semua mempunyai twitter kan? Twitter selalu menggunakan url pendek untuk memudahkan urusan.Ini kerana url pendek. Url pendek hanya mengambil ruang yang kecil. Url pendek juga jauh lebih baik daripada yang biasa kerana peluang untuk menjadi rosak apabila anda menyalin,memotong dan menampal adalah lebih kurang. Url pendek juga mempunyai kelebihan lain seperti imbasan anti - virus, menjejaki  statistik  url..Url yang dipendekkan sangat berguna untuk e-mel dan rangkaian sosial..


Namun,url pendek juga telah menjadi sasaran Malware baru-baru ini. Akhir ini,trend jenayah siber dikesan menerusi url pendek. Url pendek juga mempunyai ciri anti-spam,namun penjenayah siber juga semakin licik. Menerusi Url yang telah dipendekkan,mereka telah menaik taraf servis pemendekkan Url sendiri untuk memintas teknologi  spam   yang terkini..Ini telah menjadikan url yang pendek juga tidak selamat. Penjenayah siber akan menyamar dan memasukkan  link yang berbahaya dan akan menjangkiti sistem pengguna..




Oleh itu,pengguna boleh mengenal pasti sama ada pautan Url tersebut akan beralih  ke laman web berbahaya adalah dengan  melihat domain pada akhir pautan tersebut. Selain itu, pengguna juga dapat mengenalpasti secara menampal pautan tersebut kepada alat penapis Url,supaya mengetahui sama ada mempunyai risiko serangan malware..


huh,dh bnyk ak menulis nie..yang pasti di internet, sentiasa mempunyai risiko terhadap virus.Jadi selalulah update anti-virus..











copyright

Thursday 12 January 2012

welcome


Assalamualaikum...

Ini adalah post yg pertama ak tuk blog nie...ak teruja nk buat blog nie setelah membuat survey di blog yg dh otai di malaysia...huhu

ak akn cuba buat blog nie menarik seperti blog2x yg lain...dan dapat tarik ramai untuk follow...


Wednesday 11 January 2012

Bidang IT


Setelah memikrkan ap yg perlu dipost..semasa cuti ini,sementara menunggu result spm...sy memikirkan ap yang perlu saya lakukan untuk mencapai impian sebagai seorang programmer..sy cuba mendapatkan pendapat dari pihak yg berada didalam bidang IT ini..ini adlah email yg telah dibalas oleh pihak Amanz..terima kasih En.Firdaus kerana sudi menbantu saya..

Berkaitan dengan pertanyaan saudara, bidang IT mempunyai peluang yang luas
di Malaysia, dan apatah lagi berkenaan dengan software engineer. Namun,
salah satu perkara yang perlu ditekankan adalah dimana seperti bidang IT
yang lain, dunia bergerak amat pantas, dan mungkin saudara perlu
mempelajari pelbagai perkara diluar universiti ataupun kolej.

Dan bagi kami, lebih baik memilih kerjaya yang anda minati, dan bukannya
berdasarkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Dan sekiranya anda memang benar-benar ingin menjadi salah seorang
pengaturcara, mungkin boleh mula mempelajari pelbagai asas terlebih dahulu
sebelum menyertai dunia universiti. Mungkin saudara boleh mulakan melalui
beberapa laman web seperti Codecademy dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut juga, mungkin saudara boleh merujuk kepada pihak
kaunseling di sekolah saudara, dimana sememangnya boleh dihadiri pada hari
ini, walaupun saudara telah tamat persekolahan. Saudara juga boleh
berhubung dengan rakan-rakan dari universiti yang mengambil mata pelajaran
tersebut, memandangkan sesetengah universiti mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza.

Harap kami dapat membantu serba sebanyak berkenaan pertanyaan saudara.

Sekian,

Ak harap email itu dapat juga membantu kowg yg masih memikrkan kerjaya dalam bidang IT..




Afizz. Powered by Blogger.

Friend