Wednesday 11 January 2012

Bidang IT


Setelah memikrkan ap yg perlu dipost..semasa cuti ini,sementara menunggu result spm...sy memikirkan ap yang perlu saya lakukan untuk mencapai impian sebagai seorang programmer..sy cuba mendapatkan pendapat dari pihak yg berada didalam bidang IT ini..ini adlah email yg telah dibalas oleh pihak Amanz..terima kasih En.Firdaus kerana sudi menbantu saya..

Berkaitan dengan pertanyaan saudara, bidang IT mempunyai peluang yang luas
di Malaysia, dan apatah lagi berkenaan dengan software engineer. Namun,
salah satu perkara yang perlu ditekankan adalah dimana seperti bidang IT
yang lain, dunia bergerak amat pantas, dan mungkin saudara perlu
mempelajari pelbagai perkara diluar universiti ataupun kolej.

Dan bagi kami, lebih baik memilih kerjaya yang anda minati, dan bukannya
berdasarkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Dan sekiranya anda memang benar-benar ingin menjadi salah seorang
pengaturcara, mungkin boleh mula mempelajari pelbagai asas terlebih dahulu
sebelum menyertai dunia universiti. Mungkin saudara boleh mulakan melalui
beberapa laman web seperti Codecademy dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut juga, mungkin saudara boleh merujuk kepada pihak
kaunseling di sekolah saudara, dimana sememangnya boleh dihadiri pada hari
ini, walaupun saudara telah tamat persekolahan. Saudara juga boleh
berhubung dengan rakan-rakan dari universiti yang mengambil mata pelajaran
tersebut, memandangkan sesetengah universiti mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza.

Harap kami dapat membantu serba sebanyak berkenaan pertanyaan saudara.

Sekian,

Ak harap email itu dapat juga membantu kowg yg masih memikrkan kerjaya dalam bidang IT..




No comments:

Post a Comment

Afizz. Powered by Blogger.

Friend